Sunday, October 9, 2011

HEARTLESS

Hari ini adalah hari yg tiada perasaan...pelik sungguh aku dgn sikap manusia....sukar nk menghulurkan pertolongan..........hari ni juga perasaan bercampur aduk.....aku xtaw siapa yang betol......aku penat nak marah...entahlah.....nk cakap dgn siapa pun xtaw,so menaip ajelah.....lgpun dah lame x buat karangan kot.....dlu zaman sekolah minat sangat penulisan ni.....haha.....cuma hari ni aku rasa xde perasaan sgt...seksa gak sebenarnya bila xde perasaan ni...rase mcm robot...pernah rase mcm tu?ibarat orang yang sempurna pada mata kasat tapi cacat sebenarnya....memang betol pon hati tu paling penting dlm hdup ni.........ok lah,ni saje je nk tulis,bosan2.....

Thursday, July 22, 2010

RISIKO DALAM PERNIAGAAN??









ASSALAMMUALAIKUM....

Apakah pendapat anda semua tentang risiko dalam bisnes??haha.....pastinya semua insan akan takut untuk mengambil risiko dalam perniagaan.....tapi mengapa?apakah faktornya?apakah penyelesaiaannya??


Terdapat pelbagai faktor yang lazimnya disuarakan oleh manusia dalam situasi ini....

1.FAKTOR USIA

Ramai orang cuba menyalahkan faktor usia...Hal ini kerana mereka beranggapan menceburkan diri dalam bisnes pada usia muda akan menganggu pelajaran,masa bermain,masa bersama keluarga dan sebagainya.....mereka juga akan menyatakan mereka kurang pengalaman pada usia ini.....kebiasaannya faktor ini sering disuarakan oleh golongan berumur bawah 25 tahun....


PENYELESAIAN??

Cuba anda fikirkan....MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA,bukan?Sepatutnya kita semua melatih diri kita dalam bisnes sejak dari umur belasan tahun lagi...tidak kisahlah apa jua perniagaan sekalipun hatta menjual aiskrim di tepian jalan...


Pernahkah anda membaca kisah tentang jutawan muda malaysia,IRFAN KHAIRI?Beliau telah memasang segunung impian sejak umur belasan tahun lagi.....Tetapi berapa ramaikah remaja kini yang berfikiran begitu?Anda sendiri fikirkan.......


Anda kenal siapa THOMAS EDISON?Ya,beliau ialah seorang pencipta mentol pertama di dunia.....itulah yang kita tahu selama ini....tetapi,adakah anda tahu beliau telah melatih dirinya menjadi seorang ahli perniagaan dari kecil lagi?Thomas Edison telah berhenti sekolah pada usia muda kerana gurunya beranggapan dia terlalu bodoh dalam pelajaran...kemudian beliau berkerja sebagai penjual gula2 dan majalah di stesen keratapi....tidak lama kemudian,beliau mengembangkan skil nya dalam bisnes....beliau mula mencetak surat khabarnya sendiri....dan mengupah beberapa orang budak untuk menjual gula2 dan surat khabarnya...dalam masa setahun sahaja,beliau telah berjaya mengubah statusnya sebagai seorang employee kepada business owner...
Setelah bosan dengan bisnesnya....Thomas mula mempelajari ilmu menghantar dan menerima kod morse dan menjadi operator telegraf sebelum beliau menjadi operator telegraf terbaik ketika itu....
Thomas mula menyedari kepentingan sistem yang baik dalam bisnes....beliau mula sedar akan kepentingan jalinan sistem garisan,pola,skil dan geganti yang harus melengkapi satu sama lain....beliau mula menyedari kekuatan sistem...

Kesimpulannya,rakan sebaya thomas yang pada ketika itu pergi sekolah hanya belajar untuk menjadi pekerja dalam sebuah sistem sedangkan thomas pula menghabiskan masanya dengan menimba pengalaman dan skil realiti....ibaratnya,rakan thomas hanya melihat sebatang pokok tetapi thomas pula melihat hutan yang mengandungi pokok tersebut....

Jadi,apakah faktor usia harus dipersalahkan?




2.PERASAAN TAKUT

Ramai orang takut hendak memulakan bisnes....pelbagai alasan dan tanggapan yang bermain dalam fikiran mereka...takut rugi,bimbang dengan potensi diri,kurang keyakinan,takut akan tanggapan orang lain dan sebagainya....perasaan ini adalah normal bagi setiap manusia tetapi tidak bermakna kita harus tunduk kepada rasa ini...



PENYELESAIAN

FEAR atau takut boleh diistilahkan sebagai False Expectation Appearing Real....tanggapan salah menjadi betul....sebagai contoh,seseorang yang ingin melalui sebuah jalan yang gelap,akan berasa takut kerana beranggapan pasti ada hantu di jalan itu sedangkan dia belum lagi melaluinya...hal ini berlaku kerana dia awal2 lagi mempunyai tanggapan yang salah dalam kotak pemikirannya...

Seseorang usahawan atau bisnesman seharusnya berani dalam melakukan tindakan dan keputusan kerana disinlah terletaknya titik kekuatan seorang usahawan dalam menempuh cabaran pada masa akan datang...anda perlu buat dahulu,baru anda akan rasa dan faham...sekiranya awal2 lagi anda sudah sebatikan perasaan takut dalam diri,bagaimana pula anda ingin memutuskan keputusan yang lebih besar kelak??

Jadi,anda perlu berusaha menguatkan mental anda untuk melawan ketakutan itu kerana kita yang mengawal minda kita sendiri....

p/s:takut kepada allah lebih berharga (^^,)